Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua !!
Blog ini direka untuk berkongsi pengalaman dan tips-tips berkaitan hartanah. Anda mungkin telah mempunyai rumah dan di blog ini anda boleh berkongsi apa-apa aje pengalaman berkaitan dengan pemaju, rumah terbengkalai, kualiti rumah, harga pasaran rumah, pinjaman perumahan kerajaan atau bank dan lain-lain.
Saya mempunyai pengalaman dalam bidang hartanah selama 15 tahun dan itu kepakaran saya. InsyaALLAH saya akan berkongsi dengan anda tips-tips hartanah..kan sharing is caring?
Pertama kali beli rumah
Anda mungkin terfikir baik beli rumah ke baik buat rumah? Kalau anda ada tanah sendiri, anda mempunyai masa yang banyak untuk menguruskannya sendiri dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), bank/Perbendaharaan - jika kerajaan, yakin kontraktor tak tipu anda..why not? Boleh..teruskan niat anda.
Tapi bagi yang tiada pengalaman dan inginkan 'free from hassle'.. let others do it! Anda hanya perlu pantau dari jauh, komen/beri cadangan kepada pemaju untuk ambil tindakan.
Bagi yang pertama kali beli rumah, berbagai-bagai persoalan bermain di fikiran kan? Anda mungkin fikir kemampuan anda untuk membayar ansuran bulanan dengan bank..lokasi rumah yang terbaik..(tak jauh sangat ..lagi dekat dengan tempat kerja lagi bagus..atau lagi dekat dengan rumah mak ayah lagi ok!), jenis rumah..nak beli yang landed ke non landed? Ringkasnya, nak beli yang ada laman atau beli apartmen saje..tak payah risaukan rumput kat laman tapi masih boleh tanam bunga..Tepuk dada tanya selera..tapi satu perkara yang harus anda ingat ialah..hakmilik...Kita akan citer lepas ni..